Search This Blog

Bicara Hati Ku Kian bersemangat

Apa khabar...
Salam sejahtera......


BICARA HATI KU KIAN BERSEMANGAT


bicara, hatiku, kian, bersemangat,coretan, tinta, alunan, pantun, masa


               Kenapa hati ini kian bersemangat, apa yang hendak ditinta? Bukankah idea itu tidak datang? Fikiran melayan entah ke mana, tapi tangan ini mahu mengklik di aksara keyboard. Apa yang hendak diceritakan..penting sangat ke? atau cuma ingin melayan perasaan dengan impian yang tak pasti.

           Sebenarnya tiada apa yang hendak dibicarakan, maklum sajalah suasana pagi yang hangat, tidak membolehkan meninta sesuatu. Peluh menitis di muka kian basah. Suasana iklim di ketika ini begitu panas. Putaran kipas siling yang maksimum belum mampu mendinginkan diri ini. Namun untuk tidak menjadikan blog ini bersawang, terpaksa juga mencoretkan sedikit sebanyak buat tatapan insan yang sudi bertandang ke blog ini.

           Jam menunjukkan pukul 2.45 am, mata kian pedih menahan mengantuk. Tapi coretan ini perlu diteruskan juga. Kalau tidak diakhiri pagi ini, mungkin atau entah bila pula dapat disudahkan akibat bebanan kerja di siang hari semakin bertambah.

Secebis Pantun Buat Tatapan


Hati ini mahu berbicara,
Semangat datang tanpa diundang,
Kerana waktu masih ada,
Sebelum siang menjelma datang.

Semangat datang tanpa diundang,
Untuk meninta sepatah kata,
Jika ada masa terluang,
Ingin coret lagi di lain masa.

Jika ada cerita lain,
Boleh kita bersua lagi,
Jika diri ini rajin,
Lain detik kembali ke sini.

Jangan pergi pada waktunya,
Nanti orang akan lari,
Usah dirisau cerita saya,
Akan kembali bertinta di sini.

Bersua lagi dilain hari,
Cukup dulu buat kali ini,
Peluang ada sudah pasti,
Apa yang dijanji mesti ditepati.

 
        Hanya di sini kita bersua, di sini juga kita melangkah pergi. Namun bukan untuk selama-lamanya tapi hanyalah sementara. Kerana ada banyak lagi yang hendak disampaikan. Bila tiba masanya cerita itu akan didedahkan segalanya. Nantikan kemunculan saya di lain hari pula. Jika ada terkasar bahasa harap dimaafkan. 

Sekian, terima kasih....bye..bye...!!!